23September2018

Zambry anggap pengumuman Pakatan satu drama besar...

Cuba fikirkan apa yang menghairankan Menteri Besar Perak dan rakyat Malaysia berhubung pencalonan Tun Mahathir Mohamed sebagai bakal Perdana Menteri ke7 jika pembangkang berkuasa selepas PRU Ke14.

Selain pihak media menjadi pening dan buntu, begitu juga Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir ketika mengulas keputusan mengejut Pakatan Harapan menamakan pilihan mereka iaitu Tun Mahathir.

Manakan tidak seperti didedahkan Dr.Zambry bahawa suatu masa dahulu pembangkang mewujudkan gerakan Reformasi (masa itu Tun masih Perdana Menteri) semata-mata mahu menjatuhkannya.

Bagi yang terlupa mereka didalam gerakan Reformasi ini (anak gadis Anwar,Nurul Izzah, dinobatkan puteri reformasi) menghina Tun Mahathir dengan penggilan jijik seperti mahafiraun dan sebagainya.

Ini gara-gara keputusan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari UMNO sekaligus hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri serta keputusan kerajaan mengheret Anwar ke muka pengadilan kerana tuduhan liwat.

Tetapi ironinya kata Dr.Zambry, yang juga Pengerusi BN Perak, hari ini mereka mewujudkan “reformasi 2” semata-mata mahu menaikkan semula mantan Perdana Menteri yang berkuasa 22 tahun ke jawatan sama.

Dr Zambry menyifatkan keputusan pembangkang melantik Tun sebagai calon Perdana Menteri  jika menang pada PRU ke14 “sebagai  satu drama besar.”

Beliau berkata, apa yang dapat dilihat pada hari ini drama itu merupakan satu gerakan yang besar juga barangkali seperti melancarkan satu reformasi 2.0 untuk menaikkan semula orang yang bernama Tun M ini.

``Dari sudut politik kita ada dengar pada hari ini tentang isu-isu yang berkaitan dengan perserfahaman, kesepakatan bentuk ingin merampas ataupun ingin membentuk kerajaan mereka dengan menamakan seseorang dan saya melihat bahawa  ini merupakan satu lagi dipanggil drama besar yang cuba dibangkitkan.

``Sayapun agak hairan dan tertanya-tanya juga kalau dulu dalam reformasi yang pertama seluruh yang dikatakan pakatan ini pasukan  parti-parti pembangkang … mereka boleh duduk bersama-sama dengan satu matlamat iaitu untuk menjatuhkan  Tun M. . . maka mereka merlancarkan apa yang mereka panggil gerakan reformasi.

``Tetapi dalam masa yang sama juga pada hari ini . . .  kita melihat satu gerakan yang besar juga barangkali seperti melancarkan satu reformasi 2.0 untuk menaikkan semula orang yang bernama Tun M ini.

``Maka saya fikir dengan keadaan permainan yang begini tentunya rakyat dapat melihat tentang bentuk parti yang cuba untuk menyakinkan rakyat menguar-uarkan bahawa mereka adalah pasukan ataupun parti pakatan yang mempunyai altternatif yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.’’

Dr.Zambry berkata demikian kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Rabu.

Menurutnya lagi jika dilihat dengan keadaan gerakan-gerakan ini  diperingkat awal gerakan mereka dengan segala macam kebencian, ayat ayat yang dilontarkan kepada Tun M itu tidak dapat  digambarkan.

``Tidak dapat kita gambarkan dalam bahasa politik dalam keadaan kehidupan kita dengan bahasa yang terlalu . . . pedih terlalu hina digunakan dengan segala perkataan maha-maha ini temasuklah maha firaun dan sebagainya atas nama gerakan reformasi mereka  tetapi pada hari ini atas nama gerakan reformasi juga  orang yang menjadi musuh nombor satu mereka itu diangkat digerakkan bagi tujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

``Kedua  bagaimana persefahaman yang mereka isitiharkan pada pandangan  saya…  kita boleh membaca pengisytiharan mereka dari sudut pembahagian kerusi-kerusi ini dari beberapa segi salah satu daripada pendekatan itu mungkin mereka nak test market nak tengok bagaimana kedudukan dan pandangan respon daripada rakyat.

``Tapi yang paling nyata sama ada nak test ataupun memang benar benar berlaku yang paling nyata ialah dariapda agihan yang diberikan itu yang paling untung ialah DAP.,” katanya sambil menambah:

``Kita buatlah analisis lihatlah analisis itu dengan 35 kerusi yang diberikan dan sebahagian nya ialah kawasan kawasan yang DAP sedang pegang pada hari ini diwakili oleh wakil-wakil  mereka melainkan ada beberapa kerusi –kerusi  kecil yang dulunya mungkin ada kalah tapi diberikan semula untuk bertanding dikawasan  berkenaan.

``Jadi dalam erti kata yang lain bayangkan daripada 35 kerusi diperingkat Semenanjung sahaja  tidak dicampur dengan diperingkat Sabah dan Sarawak jadi bagi saya …saya fikir bukan hanya saya tetapi juga melibatkan semua rakyat Malaysia boleh melihat jumlah yang sebenar yang mungkin akan memenanginya yang mendapat keuntungn  paling besar ialah DAP’’ katanya.

Untuk rekod Pakatan Harapan menamakan Tun  Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan  Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan Perdana Menteri.

Perkara ini diumumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di Konvensyen Pakatan Harapan Ke-2 yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.-11/1/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 409  tetamu dalam talian