15Ogos2018

Yang terperangkap di sebalik percaturan kuasa...

Ramai sudat lupa siapa lelaki tinggi berkulit gelap yang dilihat dalam satu upacara ahli UMNO masuk PPBM di Ipoh Perak Ahad lalu sehinggalah seorang pemimpin DAP mengatakan kecewa kerana PPBM menerima seorang 'pembelot'.

Nama bekas ADUN Behrang yang juga bekas Exco kerajaan negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi (kanan sekali) kembali disebut-sebut selepas PPBM Perak menolak permohonannya untuk menjadi ahli parti tersebut.

Jamaluddin merupakan salah seorang daripada tiga ADUN pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas pada Februari 2009, mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataannya, memaklumkan PPBM menolak permohonan Jamaluddin untuk menyertai parti itu tanpa rundingan.

Menurutnya, keputusan itu diambil berdasarkan prinsip bahawa setiap kemasukan individu ke dalam Pakatan Harapan akan dipertimbang dengan tegas supaya segala episod duka rakyat tidak berulang.-16/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 645  tetamu dalam talian