26Oktober2014

Umno Sabah tampil enam muka baharu, Musa pertahan DUN Sungai Sibuga

musa-1
Umno, parti yang menunjangi Barisan Nasional (BN) Sabah, mengemukakan enam muka baharu sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Musa Aman mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga manakala bekas anggota Parlimen Silam Datuk Salleh Kalbi dan empat calon DUN, Datuk Japlin Akim di Usukan, Datuk Karim Bujang (Bongawan), Datuk Surady Kayong (Sugut) dan Harman Mohamad di Sulabayan, digugurkan.

Antara muka baharu yang diketengahkan kali ini ialah Datuk Yusof Apdal, adik Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di DUN Lahad Datu, Ketua Umno Bahagian Sepangggar Datuk Jumat Idris (Parlimen Sepanggar), Setiausaha Pemuda BN Sabah Mohamad Alamin (DUN Bongawan), Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Aliasneh (DUN Klias) dan Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib (DUN Sugut) dan Setiausaha Politik Shafie Datuk Jaujan Sambakong (DUN Sulayan).

Bekas anggota DUN Klias Datuk Azizah Mohd Dun dan bekas ADUN Lahad Datu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur bertukar kerus Parlimen masing-masing di Beaufort dan Silam.

Sementara itu, Musa turut mengumumkan speaker DUN dan bekas anggota Parlimen Kota Belud Datuk Salleh Tun Said dicalonkan semula bagi kerusi DUN Usukan manakala kesemua penyandang dicalonkan semula.

Salleh yang memiliki doktor falsafah dalam bidang politik memberi laluan kepada setiausaha BN negeri Datuk Rahman Dahlan pada pilihan raya lepas.

Musa pada sidang akhbar berkata calon bagi kawasan Parlimen Tenom dijangka diketahui selewatnya esok.

Beliau berkata barisan calon yang diketengahkan merupakan pilihan terbaik kerana ia terdiri daripada muka baharu dan lama, yang boleh berkerjasama untuk kebaikan Sabah.

"Calon yang disenaraikan itu lengkap dan merangkumi semua faktor dalam membela nasib rakyat demi kesinambungan kerajaan yang menepati janji. Yang penting calon-calon yang terpilih harus bekerjasama dan mendapat sokong dan dokongan semua pihak bagi membawa kemenangan yang besar pada pilihan raya ini," katanya.-16/4/20-13

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 557  tetamu dalam talian