25September2018

UMNO pertahan Islam tanpa pinggirkan kaum lain

Agenda UMNO amat jelas untuk  mempertahankan Melayu, Islam dan negara selain tidak sesekali meminggirkan kaum lain bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO juga telah terbukti sebagai sebuah parti politik berteraskan agenda perjuangan Melayu, mempertahankan institusi kesultanan Melayu dan menjunjung syariat Islam.

"Oleh sebab itu, UMNO akan menentang mana-mana pihak terutama blok pembangkang yang cuba mencabuli teras perjuangan tersebut.

"UMNO tidak akan bertolak ansur dengan pelampau politik yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keamanan negara," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pembangkang agar jangan cuba membakar sentimen yang boleh meresahkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Isu kaum, agama termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu jangan dijadikan agenda politik untuk meraih sokongan.

"UMNO sentiasa memelihara institusi tersebut dan mengutamakan rakyat dalam apa juga perkara.

"Kita (UMNO) tidak akan memperalat dan membohongi rakyat, kita laksanakan pembangunan untuk kepentingan dan masa depan mereka," katanya.

Katanya lagi, pendekatan sederhana dalam perjuangan UMNO telah membolehkan parti itu kekal berkuasa sehingga sekarang.-13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 436  tetamu dalam talian