15November2018

UMNO Perak, Kedah zahir sokongan tak berbelah bagi kepada Zahid

UMNO Perak ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO walaupun berada dalam keadaan senang ataupun susah.

Pengerusinya Badan Perhubungannya, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO Perak mendoakan semoga Ahmad Zahid akan menghadapi semua dugaan ini dengan tabah.

Katanya, pihaknya yakin Ahmad Zahid berada di pihak yang benar dan akan mendapat pertolongan Allah.

“Ahli-ahli UMNO Perak akan terus mengadakan majlis bacaan surah Yasin dan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah. Semoga presiden diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan dugaan ini.

“Semoga Allah memberikan hidayahnya kepada orang-orang terlibat mengendalikan siasatan dan pendakwaan ke atas beliau, sehingga beliau akan dibebaskan. Insya-Allah!,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga menyatakan sokongan UMNO Kedah yang tidak berbelah bahagi kepada President Umno di dalam kemelut yang amat mencabar ini.

“Kami sentiasa berdiri teguh bersama disamping berdoa kepada Allah S.W.T agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan YB DS Presiden disaat saat ini.

“Saya juga menyeru kepada semua rakyat, penyokong dan ahli ahli UMNO agar mengadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah S.W.T. samaada secara berjamaah atau persendirian”, ujarnya.

Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir esok di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam – berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang.

Beliau mengulas mengenai Ahmad Zahid yang akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis.

Difahamkan Ahmad Zahid diarahkan hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.-18/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1198  tetamu dalam talian