25Mei2017

TPM Zahid umum insentif RM100,000 jika dapat pingat emas World Skills Competition

Kerajaan menawarkan intensif tambahan sebanyak RM100,000 kepada peserta World Skills Competition (WSC) yang berjaya meraih pingat emas pada pertandingan kemahiran yang bakal diadakan di Abu Dhabi pada  14 hingga 19 Oktober depan.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata intensif yang sebelum ini dijanjikan sebanyak RM40,000 ditambah sebagai motivasi dan galakan kepada para peserta dan tenaga pengajar yang akan mewakili negara ke WSC.
 
"Kita ingin berikan RM100,000 sebagai insentif tambahan berbanding sebelum ini iaitu RM40,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan RM140,000 kepada mereka yang berjaya membawa pulang pingat emas.
 
"Ia (intensif tambahan) diharap dapat menjadi suatu galakkan kepada mereka bagi mencapai matlamat sasaran negara yang ingin mendapatkan lima pingat emas pada pertandingan kemahiran peringkat dunia kali ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Projek Road to WSC Abu Dhabi 2017 Gold dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pertandingan Kemahiran Malaysia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib di Pusat Dagangan Dunia Putra ,Kuala Lumpur ,Isnin.
 
Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan sijil penghargaan kepada penaja utama, pakar dan peserta negara Asean Skills Competition (ASC) 2016 .
 
Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
 
Tambah Ahmad Zahid, kewujudan WSC ini secara tidak langsung menepati sasaran kerajaan bagi melahirkan 1.5 juta pekerja mahir menjelang tahun 2020 yang merangkumi 60 peratus pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal.
 
"Pertandingan ini adalah tapak permulaan untuk kita terus untuk memperkasakan dan meningkatkan kemahiran belia yang berketerampilan dalam memacu ekonomi negara.
 
"Hal ini sekaligus dapat memenuhi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai sektor penting dalam negara yang kebanyakan dikuasai oleh tenaga kerja asing ketika ini," ujarnya. 
 
Pertandingan WSC 2017 itu, bakal disertai  disertai lebih 50 negara dengan pertandingan meliputi 45 pelbagai bidang kemahiran antaranya Teknologi Automobil, Teknologi Fesyen, Pembangunan Web dan Pembangunan Kerujuruteraan Mekanikal.
 
Untuk rekod, pencapaian terbaik negara di peringkat WSC adalah pada tahun 2015 dengan meraih pingat gangsa di Sao Paulo, Brazil manakala di peringkat ASC, Malaysia berjaya mendapat kedudukan pertama dengan meraih 24 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa.- 17/4/2017- OLEH MAHIRAH ZAKARIA
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 943  tetamu dalam talian