21November2017

Tiada double jeorpady dalam AES dan KEJARA

 
Pengguna jalanraya tidak akan didakwa di mahkamah dua kali ke atas kesalahan yang sama di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pengguna tidak perlu keliru antara sistem AES dan KEJARA dengan penguatkuasaan Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masing-masing mempunyai sistem yang berlainan.
 
Sehubungan itu beliau telah mengarahkan JPJ untuk memberikan maklumat yang lebih jelas kepada orangramai supaya mereka tidak keliru.
 
Menurutnya walaupun maklumat-maklumat berkenaan AES dan KEJARA ada dalam laman sesawang JPJ tetapi penjelasan yang lebih teliti dan kerap perlu dibuat kepada rakyat.
 
Katanya buat masa ini KEJARA hanya digunakan untuk dua jenis kesalahan, iaitu trafik dan pemanduan laju sahaja. Manakala pemotongan markah hanya untuk sistem KEJARA.
 
Liow berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa AWAS (penggunaan sistem kamera bagi AES dan KEJARA) kononnya melanggar dasar perundangan kerana ia akan mewujudkan "double-jeorpady".
 
Menurut Liow tidak wujud "double-jeorpady" dalam Akta JPJ. Malah Akta JPJ membenarkan pengeluaran saman dan pemotongan markah.
 
"Double jeopardy berlaku apabila kita didakwa di mahkamah dua kali untuk kesalahan yang sama. Kes itu tidak berlaku dalam hal ini kerana pesalah hanya didakwa di mahkamah sekali sahaja," katanya.
 
Liow berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Projek Infrastruktur Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) di Kuala Lumpur, Khamis.
 
Liow berkata, buat masa ini hanya terdapat 14 kamera AES yang diletak sejak dahulu lagi. Jumlah kamera ini akan ditambah dari semasa ke semasa.
 
Mengenai KVDT, projek itu telah bermula tahun lalu dan dijangka siap akhir 2019. Projek berkenaan meliputi landasan sepanjang 42 kilometer antata Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu.
 
Ia bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan keretapi terutama untuk keretapi komuter dan ETS (Perkhidmatan Keretapi Elektrik).
 
Projek berkenaan melibatkan kerjakerja menaiktaraf 16 stesen di sepanjang laluan itu, termasuk sistem semboyan dan elektrik sedia ada.
 
Menurut Liow projek KVDT akan meningkatkan "headway" dari 15 minit pada ketika ini kepada 7.4 minit setelah ia siap sepenuhnya kelak. - 20/4/2017.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1265  tetamu dalam talian