16Oktober2018

“Tetapkan masa, saya bersedia. Apa-apa isu yang munasabah,”

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima pelawaan berforum dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu lain.

“Tetapkan masa, saya bersedia. Apa-apa isu yang munasabah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian menjawab laporan media berkaitan jawapan Tun Mahathir tentang pelawaan untuk berforum dengan Perdana Menteri yang turun berkempen untuk calon PH pada PRK Parlimen Port Dickson.

Tun Mahathir seperti yang dilaporkan media menjawab beliau datang untuk membantu kempen Anwar namun tidak menolak berforum bersama Presiden PAS pada waktu lain.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang mengajak Perdana Menteri untuk berforum dengan Mahathir ketika sidang media, di Port Dickson petang semalam.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 426  tetamu dalam talian