19November2017

Tengku Abdullah sokong tindakan SPRM sita 10 juta tan bauksit

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 10 juta tan bauksit di Kuantan untuk menghalangnya dijual dan mengatasi perlombongan haram galian berkenaan.

Baginda yakin SPRM mempunyai asas kukuh dan tindakan itu perlu menjadi pengajaran kepada pihak yang melakukan perlombongan haram walaupun dalam tempoh moratorium seperti didedahkan BH pada 2 Ogos lalu.

Tengku Abdullah turut menyatakan kekecewaannya terhadap pembabitan penjawat awam dalam perlombongan haram bauksit.

"Saya terkilan kerana ada antara ditangkap dan akan didakwa adalah dalam kalangan pegawai kerajaan khususnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang.

"Cuba ingat anak cucu. Tindakan itu (menerima rasuah) akan memberi kesan kepada keluarga," katanya.

Tengku Abdullah mengulas tindakan SPRM menyita 10 juta tan metrik simpanan bauksit di negeri ini bagi menghalangnya dijual dan membantu menjalankan siasatan terhadap perlombongan haram bauksit yang didedahkan media.

BH dalam laporan muka depannya pada 2 Ogos lalu, mendedahkan pelombong bauksit di Kuantan kembali melakukan kegiatan itu secara haram dengan alasan mengeluarkan stok sedia ada walaupun tempoh moratorium masih berkuat kuasa.

Susulan itu, SPRM melancarkan operasi dan menahan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta 10 kakitangan PTG Pahang kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan perlombongan bauksit secara haram.-18/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 706  tetamu dalam talian