21Oktober2018

Tawar menawar selesaikan isu Speaker DUN Kedah

Menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir  yakin isu pelantikan speaker DUN Kedah selesai menjelang 4 Julai depan tanpa melalui proses pilihan raya negeri.

Beliau berkata pihaknya masih memujuk wakil rakyat PAS dan Barisan Nasional (BN) dengan membuat tawaran tertentu bagi menyelesaikan isu itu.

Wakil rakyat Jitra itu percaya semua pihak termasuk PAS juga tidak mahu pilihan raya yang menelan kos RM18 juta diadakan.

“Saya tak fikir mereka perlu berkeras kerana pendekatan saya adalah memujuk mereka untuk bersama membangunkan negeri,” katanya.

“Dalam era Malaysia baharu ini, hubungan antara kerajaan dan pembangkang tak macam dulu di mana kami akan mengiktiraf dan mengakui tugas serta tanggungjawab pembangkang”.

Mengenai tawaran, Mukhriz berkata wakil rakyat pembangkang akan diberi peruntukan pembangunan dan ketua pembangkang diberi pejabat dan kenderaan rasmi.

Katanya, Pakatan Harapan menolak idea kerajaan perpaduan,namun yakin pelbagai cara digunakan memujuk pembangkang demi mewujudkan “semak dan imbang”.

Isu speaker timbul apabila Pakatan Harapan menang jumlah 18 kerusi sama dengan PAS (15) dan BN (3) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.-12/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 687  tetamu dalam talian