10Disember2018

"Tak kan cabaran sikit tak boleh hadapi...?"

Pimpinan UMNO diingatkan agar menjadi pemimpin sejati yang teguh berdiri bersama parti demi asas perjuangan sebenar.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamad Aziz berkata pimpinan parti tidak sepatutnya bertahan hanya demi kepentingan diri.

“Saya rasa terkilan, pemimpin-pemimpin besar UMNO meninggalkan parti. Apa masalah perjuangan mereka ini? Dalam UMNO kita harus berjuang mempertahankan parti.

“UMNO parti yang berjasa kepada orang Melayu, tak kan cabaran sedikit-sedikit tidak boleh dihadapi. Jadilah pemimpin yang sejati, jangan jadi pemimpin yang ada kepentingan baru nak tunggu (bersama parti), tak ada kepentingan lari,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata sebagai orang lama parti beliau akui tidak faham tindakan pemimpin-pemimpin yang begitu mudah meninggalkan parti selepas tewas PRU14.

“Apa salah UMNO? Saya orang tua dalam UMNO, 57 tahun dalam UMNO bukan sedikit masa. Saya tak fahamlah. Janganlah mudah-mudah kita tinggalkan UMNO.

“Bagi saya pemimpin begini tidak penting dalam UMNO. Kita yang ada dalam UMNO teruslah pertahankan UMNO,” katanya.

Menurutnya, jika ada mana-mana ahli parti yang mahu keluar, sebagai orang lama beliau tidak dapat menghalang.

“Mereka nak keluar (parti), keluarlah. Kita masuk UMNO bukan kerana orangnya, kita masuk UMNO kerana yakin dengan perjuangan UMNO.

“Kalau mereka dah tak yakin dengan UMNO, nak keluar, keluarlah itu hak mereka. Kita bersama UMNO hingga nafas yang terakhir.

“Saya tak boleh terima alasan untuk memenangkan diri kita kemudian nak salahkan UMNO. Perjuangan bukan begitu,” katanya.-20/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 331  tetamu dalam talian