23Oktober2017

Tahanan SPRM kes penyelewengan di Sabah masuk hospital

Tertekan... bukan sikit-sikit kes yang disiasat melibatkan penyelewengan dana untuk rakyat Sabah sebanyak RM180 juta.

Berikutan itu, seorang pemimpin parti politik Sabah yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana projek luar bandar negeri itu dimasukkan ke hospital swasta malam tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 46 itu dimasukkan ke Hospital KPJ Damai disebabkan kekurangan air dalam badan serta tekanan darah tinggi.

Individu itu yang perintah remannya disambung tiga hari lagi bermula semalam, antara tujuh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes yang disiasat menurut Seksyen 17A Akta SPRM 2009 merupakan sebahagian daripada dana berjumlah RM1.5 bilion dari sebuah kementerian, disyaki diselewengkan bagi tempoh 2009 dan 2015.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 840  tetamu dalam talian