19Ogos2018

Semua jawatan dalam UMNO akan dipertandingkan secara terbuka

Semua ahli UMNO boleh bertanding semua jawatan termasuk presiden pada pemilihan parti itu tidak lama lagi, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menegaskan perkara itu adalah peraturan parti, beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar dalam talian bermula awal Jun ini.

“Kebetulan pula jawatan presiden, timbalan dan naib presiden sememangnya kosong. Kini terserah kepada yang empunya diri dan ahli,” katanya di Facebook.

“Ini menjadikan UMNO parti yang paling terbuka di dunia dan sesiapa sahaja kalangan ahli boleh bertanding apa jua jawatan termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden dan juga majlis tertinggi.”

Ketua penerangan UMNO itu berkata semua jawatan termasuk sayap parti akan dipertanding serentak di seluruh negara pada 30 Jun ini.

Wakil rakyat Ketereh itu berkata, sebanyak 191 bahagian akan bersidang dan memilih untuk mengisi pelbagai jawatan.

“Sebagai sebuah parti pembangkang yang sangat berbeza peranannya kini, sudah pasti ahli mahu mencorakkan kepimpinan yang bagaimana seterusnya yang harus diberi mandat memimpin,” katanya.-22/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 423  tetamu dalam talian