21September2017

Satu lagi sandiwara politik pembangkang...

Pakatan Harapan terus mengelirukan rakyat melalui struktur kepimpinan yang diumumkan ekoran kegagalan mereka secara telus menjawab persoalan siapa  bakal calon Perdana Menteri mereka.

Dalam konteks ini Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Senator Khairul Azwan Harun  menyifatkan struktur kepimpinan yang diumumkan itu ibarat `tiga nahkoda satu kapal’--ia satu lagi sandiwara permainan politik mereka.

Beliau bagaimanapun percaya rakyat bukan bodoh . . . “sudah terang lagi bersuluh …rakyat bukan bodoh dan mudah tertipu malah sedar tentang permainan politik murahan Pakatan Harapan yang telah bersetuju secara konsesus untuk  menerima struktur kepimpinan yang baharu ini.

Melalui struktur baru ini  DS Anwar Ibrahim diumumkan selaku Ketua Umum Pakatan Harapan, mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sebagai Pengerusi dan DS Wan Azizah Wan Ismail, Presiden.

Pengumumannya dibuat Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Tun Dr Mahathir Mohamad  selepas lebih 4 jam mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden diwakili  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Naib-Naib Presiden diwakili TImbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir , Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Ketua Setiausaha Datuk Saifuddin Abdullah dan Bendahari M. Kula Segaran.

Khairul Azwan berkata tindakan ini merupakan `window dressing’ Pakatan Harapan yang dimainkan oleh  Lim Kit Siang sebagai pemimpin defakto  dalam strateginya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu untuk mempengaruhi dan meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu.

``Rakyat sedar ia hanya sebuah `window dressing’ . . . justeru kita tertanya-tanya dimanakah pemimpin DAP yang hari ini mempunyai bilangan wakil rakyat paling ramai dengan menguasai majoriti kerusi dalam blok pembangkang?

“Secara peribadi saya berpendapat ini merupakan satu strategi yang dibuat Lim Kit Siang untuk menggunakan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan untuk mempengaruhi dan meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu.

``Tetapi kita tahu orang di belakang semua ini ialah Lim Kit Siang selaku pemimpin defakto dalam Pakatan Harapan dan kenyataan ini tetap kenyataan  tidak seorangpun boleh menafikannya.

``Malah dalam line up struktur kepimpinan itu termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  juga DS Anwar  yang kini menjalani hukuman penjara dilantik sebagai ketua umum dan itu tidak bermakna Lim Kit Siang tidak terlibat sama.

``Kini rakyat tidak mudah tertipu bahkan rakyat sedar permainan politik murahan oleh pakatan ini amat jelik. . . buruk seolah-olah rakyat ini bodoh . . . saya ingin bertanya macam mana mereka mempunyai tiga pemimpin dominen dalam satu kapal . . . kedua siapa calon perdana menteri mereka yang sampai ke hari ini tidak terjawab,’’katanya.

 Beliau juga menyifatkan tindakan pakatan harapan untuk memansuhkan cukai GST sekiranya berjaya membentuk kerajaan dalam seratus hari sebagai satu polimik yang murahan.

 ``Rakyat sudah tak peduli perkara ini kerana GST telah dilaksanakan selama dua tahun dan rakyat telah sedar . . . .rakyat Nampak hasilnya.

 ``Hakikatnya rakyat sedar kutipan cukai GST memberi pulangan lebih RM40 bilion yang digunakan antaranya untuk membayar gaji kakitangan awam, menampung kos perubatan rakyat dan membiayai kos pembangunan infrastruktur di luar bandar.

``Jika income ini sudah tak ada kita nak dapat income dari mana ?. . .  untuk meneruskan usaha memastikan rakyat terus terbela kita mesti mempunyai system percukaian yang terbukti berkesan sebagai contohnya kedudukan kewangan Negara mesti diperkukuhkan lagi,’’ kata Azwan.-17/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 920  tetamu dalam talian