21Mei2018

Sabah: Komuniti KDRM tubuh majlis presiden kukuhkan BN

Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah yang diwakili oleh majoriti komuniti Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDRM) telah bersetuju untuk bekerjasama demi kepentingan semua kaum di Sabah dan negara.

Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah membentuk majlis presiden untuk mengukuhkan perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam hal politik untuk kepentingan masyarakat berbilang kaum, terutama di kalangan masyarakat pribumi di Malaysia.

Parti-parti tersebut, yang diwakili oleh prsiden masing-masing - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS), Datuk Seri Madius Wilfred Tangau (UPKO) dan Tan Sri Joseph Kurup (PBRS) hari ini bertemu Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman untuk menyerahkan laporan rasmi mengenai penubuhan majlis presiden, di Sri Gaya hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PBS Datuk Sri Dr Maximus Ongkili.

Majlis itu juga berikrar memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

"Saya meng-alukan penubuhan Majlis Presiden kerana ia memperkukuhkan lagi perpaduan dan semangat setiakawan antara parti-parti komponen BN di Sabah," kata Musa.-23/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1466  tetamu dalam talian