17November2018

Ringgit diparas terendah lapan bulan

Ringgit terus susut berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini, mencecah paras terendah dalam tempoh lapan bulan dengan ketegangan yang meningkat antara Washington dan Ankara.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0970/1000 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 semasa ditutup semalam.

Bernama melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Nazri Khan Adam Khan berkata pelabur kini bimbang mengenai keadaan itu yang memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.

"Malaysia akan terjejas berikutan kita adalah rakan dagang penting Turki, dengan negara itu menjadi ekonomi ke-18 terbesar di dunia. Bagaimanapun, prestasi ringgit (rendah) disebabkan faktor luaran, bukan domestik," katanya.

Semalam, Turki membuat tindakan balas dengan memboikot produk elektronik dari Amerika Syarikat (AS) selepas Washington mengenakan sekatan dan kenaikan tarif ke atas Ankara berikutan penahanan seorang paderi AS.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9714/9747 daripada 2.9795/9851 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6787/6818 daripada 3.6909/6964.

Unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.2061/2107 daripada 5.2330/2410 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6435/6486 daripada 4.6699/6769.-15/8/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 384  tetamu dalam talian