19Februari2018

Proses penilaian calon BN PRU14 berterusan...

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak kini bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada bila-bila masa.      

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang membuat pengumuman itu berkata, persiapan rapi untuk hadapi pilihanraya telahpun dibuat manakala pemilihan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sedang berjalan.

``Kita telah bersedia, ianya bukan satu rahsia lagi bahawa PRU-14 akan diadakan tidak lama lagi, hanya dalam tempoh beberapa bulan.,”katanya.

Mengenai calon-calon pula, Dr.Zambry yang juga Menteri berkata``calon itu memang kita dah kenalpasti namun proses penilaiannya masih lagi dijalankan kerana mengikut amalan biasa memang begitu, penilaian tidak akan berhenti selagi calon belum diumumkan.”

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak memberitahu media pada satu sidang media di Ipoh pada Ahad.

Mengenai pembahagian kerusi pula, katanya, perbincangan mengenai pembahagian kerusi di antara parti komponen di dalam BN juga telah diadakan dan masih lagi berjalan.

``Soal pembahagian kerusi juga telah kita teliti dan perbincangan masih berterusan, apa pun boleh berlaku kerana ia bergantung kepada konsesus dikalangan ahli-ahli BN dan ia bukan satu masalah untuk kita (BN),” katanya.

Menyentoh kriteria calon, Dr Zambry menjelaskan, pemilihan calon-calon BN tidak akan meletakkan faktor muka baru atau muka lama sebagai kayu pengukur calon.

``Kita akan lebih menitikberatkan sama ada calon yang kita ketengahkan likeable dan winnable atau tidak. . . ini lebih penting,” jelas beliau.-8/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 964  tetamu dalam talian