23Oktober2017

Zamihan ditahan reman dua hari

KEMASKINI Penceramah agama dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin hari ini direman dua hari bermula hari ini.
 
Printah reman berkenaan dikeluarkan di Ibu Pejabat Pejabat Polis Dang Wangi, sehari selepas ditangkap polis berhubung kenyataan beliau pada Sabtu lalu terhadap Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam.
 
Zamihan yang mengetuai pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), disiasat dibawah Seksyen 4 (a) Akta Hasutan.
 
Peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata Zamihan tidak melakukan jenayah berat.
 
“Kes itu tidahkah berat, kalau ikut hukuman maksimum, denda RM5,000 atau penjara 5 tahun. Ia bukan jenayah yang serius pada saya,” katanya.
 
Fakhrul berkata pihaknya berjaya mengurangkan permohonan reman daripada empat hari kepada dua hari dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh.
 
“Beliau memberi kerjasama penuh ditambah pula beliau seorang penjawat awam, keadaan beliau juga baik semasa dalam tahan,” katanya.
 
Dalam kuliahnya di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, pada 7 Oktober, Zamihan dikatkan menyelar pendirian Sultan Johor berkaitan isu dobi mesra muslim.
 
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” kata Zamihan dalam rakaman video yang tular dan dimuat naik di Youtube.
 
Sehubungan itu, Zamihan semalam memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi menyerang beberapa media sambil mendakwa dirinya difitnah.
 
Kontroversi 'dobi mesra Muslim' timbul selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkritik pengusahanya kerana melaksanakan dasar 'memalukan'.
 
Baginda mengarahkan kedai dobi itu supaya menghentikan operasi atau berdepan dengan risiko ditutup.
 
Titah baginda, tindakan pemilik kedai dobi itu tidak boleh diterima oleh sebuah negeri yang diduduki pelbagai kaum dan agama yang mengamalkan kesederhanaan dan toleransi. -12/10/2017


Polis tahan Zamihan dipercayai menghasut

Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Dr Zamihan Mat Zin susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Zamihan ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 3.50 petang Rabu.

"Permohonan reman ke atas Zamihan (untuk membantu siasatan) akan dibuat esok," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Zamihan disiasat di bawah akta itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman.- 11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 745  tetamu dalam talian