23Oktober2017

Polis bertegas perhimpunan pembangkang di PJ tiada permit

Polis tetap dengan pendirian tidak akan mengeluarkan permit untuk penganjuran himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, walaupun penganjur mendapat lampu hijau daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis menerima 27 laporan sehingga hari ini yang membantah penganjuran himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” anjuran Pakatan Harapan.

“Kawasan itu sebenarnya memang berada di bawah kawal selia MBPJ dan kita sedia maklum datuk bandar luluskan untuk mereka berhimpun di padang MBPJ tersebut.

“Tapi pendirian saya tegas, kita tidak akan berganjak, ini berdasarkan banyak faktor yang kita ambil kira termasuk yang terbaharu tidak kurang daripada 27 laporan polis dibuat,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis hari ini.

Fuzi berkata, pihaknya membuat keputusan itu disebabkan faktor lain, iaitu kesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku di sekitar lokasi himpunan.

“Isu trafik juga kita ambil kira, tapi yang pentingnya kita tidak perakukan permohonan permit perhimpunan dan kita sudah sediakan tempat lebih baik selesa dan mudah dikawal, iaitu di Standium Kelana Jaya.

“Jadi, terpulanglah kepada penganjur. Kita punya keputusan tetap dan kita sudah war-warkan keputusan kita.”

Rabu lalu, Fuzi mencadangkan penganjur menukar lokasi himpunan ke Stadium Kelana Jaya memandangkan Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta, selain aduan penduduk setempat yang bimbang dengan masalah kesesakan lalu lintas.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 739  tetamu dalam talian