22Jun2018

Perhimpunan UMNO-PAS di Putrajaya demi Palestin

Langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin PAS di Putrajaya, Jumaat ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, parti tonggak Barisan Nasional berkenaan dan PAS perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.

“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad.

Turut sama ialah Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Najib berkata, beliau juga akan menjelaskan pendirian rasmi Malaysia berhubung perkara tersebut.

Menurut laporan, Najib akan menyertai perhimpunan itu bersama-sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini.

Keputusan Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia.-18/12/2017 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 517  tetamu dalam talian