25April2017

Perak anjur Festival of Ideas September ini

Kerajaan negeri Perak memperkenalkan satu lagi produk bersifat universal yang bakal mencetuskan minat masyarakat tempatan serta pada masa sama bakal menarik minat dan perhatian pengunjung dari luar negara.

Perkara ini dinyatakan Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir kepada media dan menghuraikanya secara terperinci kepada mereka mengenai konsep Festival of Ideas.Ia bakal diadakan sempena Dialogue Pangkor  2017.

Untuk rekod, Dialogue Pangkor atau PIDD (Pangkor International Development Dialogue)  yang diadakan sejak lima tahun lalu sering memperkenalkan beberapa konsep “seminar pemikiran” bertaraf dunia dengan dihadiri mereka yang “terkenal diperingkat global.”

Sehubungan  dengan itu hasil seminar digunapakai pada ketika kerajaan negeri merancang pembangunan rakyat. Ia termasuklah menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan tegar.

Tetapi yang menarik mengenai Dialogue Pangkor tahun lalu ialah anjakan dari konsep seminar dengan mempelbagaikan program seperti diserikan dengan pesta makanan serta jualan runcit—ia dilihat memberi satu sinergi kepada seminar itu sendiri. Yang pasti tidak membosankan pengunjung.

Bahkan bagi golongan muda,mereka yang menyertai program ini tidak merasa jemu dan bosan kerana program yang dicipta khas untuk golongan ini turut kelihatan . Ini termasuklah program motivasi, jualan makan menggunapakai konsep food truck. Penyertaan golongan ini sendiri melengkapkan usaha kerajaan membawa mereka ke mainstream. Justeru golongan ini tidak dipinggir dari dasar kerajaan.

Untuk rekod jumlah pengunjung ke Dialogue Pangkor tahun lalu  jauh mengatasi pengunjung pada tahun sebelumnya lebih-lebih lagi ia diadakan di sebuah hotel bertaraf bintang di kawasan pembangunan baru bernama Meru Raya.

Keselesaan pengujung merupakan satu factor penarik  yang memang diharap-harapkan oleh penganjur.

Bagi masyarakat umum ide serta corak seminar adalah hasil usaha dan cetusan idea Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Dr Mazalan Khamis. Beliau walaupun dilihat orang baru dalam bidang ini namun dalam masa terdekat sejak menjadi CEO IDR, Dialogue Pangkor kini macamlah World Economic Forum di Davos, Switzerland.

Seperkara yang special mengenai Switzerland ialah ia dilihat sebuah Negara paling aman didunia. Berita-berita seperti serangan teroris dan kejahatan lainnya yang terjadi di berbagai negara menyebabkan Switzerland semakin terkenal.

Justeru, Ipoh atau Perak mungkin tidak boleh jadi macam Swiss tetapi yang pasti usaha  kea rah itu semakin kelihata lebih-lebih lagi dengan pelbagai program Megara termasuklah Pangkor Dialogue.

Bagi Menteri Besar, Festival Of Ideas atau Festival Idea yang bakal berlangsung selama tujuh hari sebelum bermulanya satu lagi program mega kerajaan negeri iaitu  Pangkor Dialogue 2017 satu lagi produck rakyat. Ia dibuat khusus untuk rakyat agar rakyat di negeri ini memanfaatnya melalui pelbagai subjek dan ideas.

Pangkor Dialogue 2017 yang memasuki edisi kelima akan diadakan pada 9-12 September bertempat di Hotel [email protected], Ipoh, bertemakan ‘Making The Future: Innovative Pathways to Sustainable Development.

Bercakap lebih lanjut,  Menteri Besar berkata ia merupakan langkah yang dirancang dalam usaha menjadikan negeri Perak sebagai ‘City Of Knowledge’ (Bandar Ilmu). Penganjuran Pangkor Dialogue tahun ini itu sendiri diberi penjenamaan semula dengan penambahan konsep Festival of Idea dalam menyemarakkan cetusan pemikiran.

“Kerajaan negeri akan pelopori Festival Of Idea, ia akan jadi perayaan idea. Tahun sudah kita ada jalankan konsep sebegini yang menjadi prelude kepada Pangkor Dialogue.

“Kali ini kita jenamakan semula, bagi sesetengah pihak mungkin anggap ia konsep baharu tetapi ianya sudah pun dilaksanakan di beberapa buah negara,”katanya.

Bercakap pada media selepas merasmikan 4th IDR Annual Research Seminar Mobolising Reserch Findings into Policy Development for Impactful Actions di Hotel Impiana, Ipoh pada Isnin, Zambry  menyifatkan program kelolaan IDR ini sebagai medan pertemuan pemikir dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi dan pelancongan.

” Diharapkan supaya apabila mereka hadir ke sini nanti, mereka akan bercerita tentang negeri kita pada rakyat di negara masing-masing. Ia juga sebahagian daripada konsep pelancongan ke Perak kerana ramai yang akan tertumpu ke sini nanti,”katanya.-18/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 956  tetamu dalam talian