16Disember2017

Penyebaran berita palsu ancaman besar PRU-14

Berita palsu akan menjadi ancaman besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata penyebaran berita palsu secara berleluasa dalam media sosial ialah satu daripada ancaman besar kepada demokrasi negara dan kualiti politik.

Beliau berkata sebagai contoh, berita palsu mengenai 40,000 pengundi warga Bangladesh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 telah mencetuskan kekecohan.

“PRU14 akan diadakan tidak lama lagi. Anda boleh bayangkan jenis ancaman yang kita akan hadapi.

“Berita palsu boleh memberi kesan yang signifikan terhadap pilihan raya. Rakyat berasa keliru untuk membuat keputusan, tentang parti yang akan memerintah negara,” kata beliau pada Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (KLIYD 2017) di sini semalam.

Zambry, yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak menyampaikan Ucaptama 2 Menteri bertemakan ‘From Intellectual Terrorism to Inequality: Confronting Non-Traditional Security Threats.’

KLIYD 2017 memberi fokus kepada ancaman masa depan termasuk perubahan iklim, keselamatan makanan, kelestarian tenaga, ketidaksamaan, hubungan kaum dan keselamatan siber.

Mengenai usaha membendung penyalahgunaan dadah di negara ini, Zambry berkata usaha bersepadu dari semua pihak adalah penting untuk mengurangkan kes penagihan dadah di negara ini.

Beliau tanpa memberitahu angkat yang tepat berkata, jumlah kes penagihan dadah semakin meningkat dengan mencatatkan peningkatan sehingga 14 peratus tahun lepas.

“Penagihan dadah tidak boleh ditangani hanya melalui satu penyelesaian, Jika komuniti boleh bekerjasama, jumlah penagih dadah akan berkurang dengan ketara” kata beliau.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1131  tetamu dalam talian