14Disember2018

Penafian Guan Eng timbul banyak persoalan - Najib

Penafian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengabaikan masyarakat luar bandar dan belanjawan untuk golongan tersebut dipotong menimbulkan pelbagai persoalan.

Jika benar, mengapa Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengeluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa peruntukan untuk kementeriannya dipotong sehingga 50.7 peratus, selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kesal dengan pemotongan pelbagai subsidi untuk petani dan pekebun dalam belanjawan 2019?

Malah kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Guan Eng juga bertegas peruntukan untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak diturunkan.

“Dia (Guan Eng) memberi contoh peruntukan untuk biasiswa Mara untuk tahun depan tidak hilang tetapi telah diklasifikasikan semula sebagai perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2 bilion dan bukan lagi sebagai perbelanjaan operasi.

“Tetapi ini juga potongan RM500 juta berbanding peruntukan RM2.5 bilion untuk tahun ini ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ini dia tidak nyatakan pula. Aneh,” katanya pada Selasa.-21/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 318  tetamu dalam talian