17Januari2018

Pembangkang putar belit ucapan Hamzah dalam isu harga barang

Pembangkang sengaja memutarbelitkan ucapan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan hadis nabi dalam isu harga barang.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia cubaan memfitnah Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dengan niat menjatuhkan imejnya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pembangkang pantas memutarbelitkan sesuatu isu tanpa melihat kebenarannya secara nyata. Ada pihak yang tidak memahami maksud sebenarnya tetapi terus dijadikan diputarbelitkan bagi tujuan memfitnah.

"Begitulah yang terjadi terhadap Hamzah Zainuddin yang menjadi mangsa terbaru pihak pembangkang.

"Hamzah bercakap dari sudut pengertian yang luas dengan mengambil contoh pada zaman Rasulullah tetapi malangnya telah diputarbelitkan pembangkang," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Beliau mengulas kekesalan Hamzah terhadap tindakan media tertentu yang didakwa memutar belit ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017 mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Di dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan itu, Hamzah memetik hadis Nabi Muhammad SAW untuk menjelaskan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan kepada perwakilan.

Syed Ali berkata beliau mengenali Hamzah sekian lama sebagai pemimpin politik yang ikhlas dan tidak akan bermain dengan sentimen agama untuk kepentingan politik.

"Isu kenaikan harga barang merupakan perkara biasa dalam sistem pasaran bebas.

"Ia berlaku di mana-mana negara, dan kita tahu kerajaan akan mencari kaedah terbaik menanganinya demi kepentingan rakyat," jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak secara melulu mengecam Hamzah kerana menteri berkenaan selama ini telah berusaha melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat.-12/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 768  tetamu dalam talian