19Ogos2018

Pembangkang hidup dibayangi fitnah

Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkhidmat secara konsisten membantu rakyat  berbanding pembangkang yang berdiri hidup diatas fitnah, adu domba untuk menimbulkan suasana yang tidak baik di kalangan rakyat.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,  maka  sebab itu rakyat dapat menilai rekod kecemerlangan kerajaan BN sehingga ke hari ini.

``Dalam soal ini parti kita adalah secara konsisten membantu rakyat sejak dulu lagi…kita bukan retorik,  kita bukan bermusim. . . kita bukan membantu ketika nak menghadapi pilihan raya sahaja tapi sebenarnya kita memang sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

``Itulah amalan kita sebab kita berdiri atas semangat membantu dan membela rakyat…sebab itulah kita harap rakyat dapat menilai kita
 
``Berbanding dengan pembangkang, kitalah lebih bertanggungjawab kerana dalam keadaan hari ini rakyat perlu diberi pembelaan bukan dengan cara menimbulkan suasana yang tidak baik,’’ katanya.     

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 bersama UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Orang Ramai, Alor Pongsu pada petang Ahad.

Sehubungan itu beliau berharap program membantu rakyat ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.-16/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 498  tetamu dalam talian