18Februari2018

Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad bahawa mendakwa pembentukan undang-undang berita palsu dibuat untuk menyekat rakyat daripada mengkiritik kerajaan.

Menurut Azalina, dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana ini adalah isu global dan negara luar juga mengambil langkah yang sama untuk membendung isu ini dan sebagai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir seharusnya menyambut baik cadangan pembentukan undang-undang berkaitan berita palsu.

“Sebagai Mantan Perdana Menteri dan juga bekas Ahli Parlimen lebih 20 tahun, Tun Mahathir seharusnya melihat usaha ini tanpa prasangka buruk kerana pindaan ini dibuat dengan niat untuk kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara, ” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Mahathir yang berkata, cadangan undang-undang untuk membendung "berita palsu" tidak sepatutnya digunakan kerajaan untuk menyekat berita mengkritik, terutamanya berkaitan skandal kewangan terbesar negara.

Tambah Azalina, undang-undang yang bakal digubal ini tidak sama seperti zaman pemerintahan kuku besi Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyekat kebebasan suara dan ia dibuat berdasarkan kepada trend semasa dan kesannya yang besar terhadap negara.

"Langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang ini adalah selaras dengan trend semasa, bagaimanapun Tun Mahathir tidak perlu bimbang kerana undang-undang yang akan digubal ini tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara,”ujarnya.

Jelasnya lagi,  penyebaran berita palsu yang dibuat dengan niat tidak baik dan tidak beretika malah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk beliau sendiri malah ia juga dilihat sebagai strategi perang baru yang boleh memusnahkan negara dengan hanya dihujung jari.

"Penggubalan kepada undang-undang ini masih belum muktamad, dimana Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama pihak-pihak berkepentingan sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Kabinet.

“Justeru adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni Kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehensif, ” katanya.-9/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 686  tetamu dalam talian