15November2018

Pelajar bebas bercakap tapi tak payah berparti... - PM

Nampaknya bukan semua cadangan atau idea yang mahu dilaksanakan oleh menteri Kabinet dipersetujui oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Contohnya mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam sebagaimana diutarakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Dr. Mahathir ketika ditemui selepas menghadiri majlis Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) berpandangan perkara itu tidak perlu dilaksanakan.

"Tidak, anda (pelajar) bebas untuk bercakap apa yang anda suka. Tidak payah la parti," kata beliau.

Maszlee dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin memberitahu pindaan terhadap AUKU tidak lama lagi akan membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam.

Langkah itu jelas Maszlee adalah sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun seperti dicadangkan sebelum ini.-2/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1082  tetamu dalam talian