25September2018

Parti Melayu dalam PH tak upaya lawan DAP - Ibrahim Ali

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan menampakkan agenda tersirat DAP iaitu melaksanakan dasar kesamarataan, sekali gus bakal menghakis hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, dalam konteks agenda ekonomi, janji untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi Melayu dan bumiputera ha­nya disebut secara umum tanpa sasaran lebih objektif.

Dengan kata lain tegas beliau, masa depan orang Melayu dan golongan bumiputera dilihat kelam jika kandungan manifesto itu menjadi realiti.

“Sekali imbas, ada baik ada tak baik manifesto mereka. Yang baik pula hanya sementara kerana akan jadi tidak baik dalam jangka masa panjang. Jaminan untuk beri tumpuan terhadap pembangunan ekonomi bumiputera tidak sampai ke tahap yang kita harapkan.

“Tidak dijelaskan bagaimana pembahagian kek ekonomi negara. Dia sebut secara umum sahaja. Tidak pula sebut berapa peratus. Adakah Melayu 30 peratus. Adakah 40 peratus? Isu tanah Rizab Melayu juga disebut secara umum.

“Satu lagi yang saya nampak, parti Melayu dalam pakatan ini tidak upaya nak lawan DAP, walhal banyak lagi agenda Melayu dan bumiputera dia boleh masukkan. Rasanya Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera oleh kerajaan sedia ada jauh lebih baik daripada ini,” katanya.

Menurut Ibrahim, satu lagi kebimbangan beliau ialah hasrat pakatan yang dikatakan mahu memansuhkan Akta Hasutan yang akhirnya dikhuatiri membawa mudarat kepada agama Islam, orang Melayu dan bumiputera serta raja-raja Melayu.

“Sekarang Islam dihina, Melayu dihina, raja dihina sebab puak-puak anti Islam, anti Melayu ini tidak takut selepas ISA dimansuhkan.

“Bila Akta Hasutan tiada, semakin tidak terkawal pula nanti pemikiran liberalisme, pluralisme dan LGBT,” katanya.-10/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 374  tetamu dalam talian