19November2017

Pangkor Dialogue 2017 tempa kejayaan

Kejayaan terbesar lagi penuh bersejarah Pangkor Dialogue 2017 ialah apabila persetujuan secara kolektif dicapai bagi mewujudkan sebuah Sekretariat Tetap dibawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

Dari satu aspek ia merupakan penghargaan paling tinggi dicapai oleh penganjur projek yang memperlihatkan kesan sumbangan kepada dunia hasil perkongsian maklumat dan pemikiran.

Ini merupakan perkara di luar jangkaan sama ada oleh penganjur ataupun oleh Menteri Besar Perak sendiri, yang mana projek Pangkor Dialogue atau PIDD yang diilhamkannya kira-kira 4 tahun lalu itu.

Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir, selaku akitek projek dan idea asal, tampil berseri-seri menemui media  pada Selasa setelah berhempas pulas sejak Isnin memastikan program berjaya.

Ketika mengumumkan kepada media di akhir program,beliau berkata pembentukan sebuah Sekretariat Tetap Dialogue Pangkor bagi membincangkan pembangunan mapan di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) merupakan satu penghargaan tertinggi buat Perak dan rakyatnya.

Lebih bermakna Ipoh turut dipilih sebagai venue tetap  secretariat seperti diumum dan dipersetujui Ketua UNDP kawasan rantau ini, Stefan Piesner.

Menteri Besar berkata demikian pada pemberita selepas menutup Dialogue Pangkor 2017 di Hotel Casuarina @ Meru petang Selasa.

``Mr Stefan stelahpun berbincang dengan saya dan kita akan membentuk sebuah sekretarit tetap untuk Pangkor Dialogue ini bagi membincangkan pembangunan mapan,’’ katanya.

Sehubungan itu Dr Zambry berharap agar ianya nanti diangkat ke peringkat UNDP Pusat dan diisytihar menjadi dialog serantau atau Dialog ASEAN untuk program UNDP bagi pembangunan mapan (SDG) dalam 17 Perkara yang dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

``Saya mengharapkan agar ianya nanti akan diangkat ke peringkat UNDP Pusat dan mengiksytiharkan bahawa dialog ini merupakan regional dialogue ataupun  ASEAN Dialogue untuk program UNDP bagi pembangunan mapan (sustainable development) atau SDG on the Seventeen Point yang telahpun dipersetujui diperingkat PBB.

``Ini adalah matlamat kita dan komitmen ini ditunjukkan bersama oleh UNDP diperingkat IDR dan juga diperingkat NCIA dan kita mempunyai hubungan yang baik.’’ Katanya.

Menurut Dr Zambry,  semasa beliau menemui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin pada program itu petang tadi, Khairy telah melihat potensi yang ada pada P:Angkor Dialogue ini.

``Malah mengharapkan agar ianya akan menjadi satu platform yang besar  di peringkat antarabangsa dan ianya dapat membawa lebih ramai pemimpin yang besar sama ada di peringkat Perdana Menteri atau Presiden di negara lain untuk datang untuk membuat kenyataan secara bersama berkaitan dengan 17 Perkara.

``Setiap tahun kita akan membincangkan perkara-perkara penting yang melibatkan pembangunan mapan sepertimana yang dipersetujui oleh semua Negara dunia berdasarkan perjanjian resolusi yang telah termaktub sebelum ini,’’ kata nya.      

Dr Zambry turut menzahirkan kepuashatian beliau dengan sambutan yang diberikan peserta terhadap Pangkor Dialgue pada kali ini di mana dewan sentiasa penuh sehingga ke akhir program.

Dr Zambry juga memberitahu media bahawa Temasya Idea Perak (Perak Festival of Ideas)  yang mengandungi lebih 70 aktiviti mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records sebagai `Most Number of Events Organised in One Week’

Katanya, 10,000 pandangan yang berjaya dikumpulkan sepanjang temasya empat hari itu akan diperhalusi bagi mengenalpasti mana-mana yang boleh dilaksanakan.

``Kita kena menggalakan untuk mereka menulis sesuatu memberikan sesuatu kerana pendekatan kita pada hari ini bukan lagi hanya berada di pentas-pentas ceramah ataupun menyampaikan perkara-perkara itu perkara ini tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita menyampaikan sesuatu pandangan itu dengan cara yang lain.

``Setiap orang dapat memberikan pandangan beliau dan ada pandangan-pandangan itu yang kita fikir yang dapat kerajaan negeri siapa sahaja memanfaatkannya dan ini yang paling penting daripada 10,000 pandangan, suara yang ditulis itu ianya akan dikumpulkan.

``Maka saya harap ianya nanti akan diperhalusi dan dilihat perkara-perkara yang dapat kita cetuskan kerana idea adalah satu baik dan kita perlu lihat dimana yang benar-benar yang boleh kita jadikan sebagai panduan atau pelaksanaan bagi dasar-dasar tertentu,’’ katanya.

Dr Zambry juga berkata, menerusi dua hari berlangsungnya dialog itu daripada 80 pembicara dan juga daripada bawah yang memberikan maklum balas kepada pembicaraan pembicaraan yang dibuat itu maka maklumbalas itu akan dikumpulan supaya dapat dilaksanakan bersama.

``Saya yakin setiap kali dalam Pengkor Dialogue  itu ada perkara-perkara yang dapat kita laksanakan dan kita buat sebagai satu panduan dan rujukan kepada kita..bukan hanya kepada kerajaan negeri tetapi juga kerajaan Persekutuan.

``Contohnya tahun sudah apabila dalam pembincangan yang dibuat itu kita  melihat ada perkara-perkara yang berkaitan dengan bagaimana kita dapat menafaatkan dan menjadikan konsep perniagaan yang berteraskan kepada social itu yang akhirnya Profesor Mohamed Yunus sebagai Pemenang Hadiah Novel mengemukakan pandangan idea supaya Ipoh dapat dijadikan sebagai `Sosial Bisnes City.

``Jadi daripada Sosial Bisnes City itulah kita kembangkan dan hari ini kita telah memperkenalkan Ipoh sebagai Sosial Bisnes City  dan menjadikan Ipoh sebagai Bandar yang kelima dalam dunia yang melaksanakan konsep Sosial Bisnes City.

``Itu adalah antara hasil daripada rumusannya. .  . saya yakin pada tahun inipun akan ada perkara-perkara lain yang akan dijadikan panduan dan selepas ini kita akan umumkan dari semasa kesemasa,’’ katanya.-13/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 684  tetamu dalam talian