20Ogos2017

MIC gerak jawatankuasa khas hadapi PRU14

Parti MIC telah mula menggerakan jentera pilihan raya dengan menubuhkan sebuah jawatamkuasa khas yang diwakili oleh lima orang wakil MIC di setiap kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal diwakili oleh parti itu.
 
Jawatankuasa khas itu dipengerusi sendiri oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Saubramaniam yang kini giat melakukan kerja-kerja mendekati pengundi, mendaftar pengundi baharu dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
 
Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC Datuk P. Kamalanathan memberitahu MIC telah pun bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) malah presiden MIC telah turun padang bagi memastikan semua jentera telah bersedia.
 
Mengenai senarai calon parti MIC yang bakal bertanding, P. Kamalanathan berkata, hanya Presiden MIC sahaja yang boleh menjelaskan.
 
“Sebagai penyandang di kawasan Parlimen Hulu Selangor, saya tetap melaksanakan tanggungawab di kawasan sebagai wakil rakyat dijalankan dengan sempurna”, jelas beliau.
 
Beliau bercakap pada wartawan selepas merasmikan ‘Frog Classroom’ di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) Ladang Edinburgh, Bukit Maluri, Kepong, petang Khamis.
 
Sebelum itu, P. Kamalanathan menyeru pihak syarikat korporat agar dapat bekerjasama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG) mewujudkan ‘Frog Classroom’ di sekolah bagi mengadakan persekitaran yang kondusif sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.
 
Menurut beliau, semua sekolah di seluruh negara telah melaksanakan program 1BestariNet dengan matlamat membangunkan modal insan dan penggunaan internet.
 
Katanya, ‘Frog Classroom’ mempunyai keistimewaan kemudahan bilik darjahnya berkonsep teknologi terkini dan takat ini sudah terdapat 119 buah sekolah telah mempunyai bilik darjah seumpama ini.
 
“Ini bukan Kementerian Pendidikan yang buat, ini adalah inisiatif kerjasama pihak swasta dengan pihak sekolah serta PIBG”, jelasnya.
 
SJK (T) Ladang Edinburgh adalah sekolah Tamil pertama mendapat kemudahan tersebut setelah pihak sekolah dan PIBG mengadakan kerjasama dengan YTL Foundatian.- 16/3/2017 - OLEH LUKMAN ABDULLAH
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 586  tetamu dalam talian