20Ogos2017

MCA bagi MP DAP Segambut 7 hari untuk minta maaf...

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf kepada MCA kerana menuduh parti itu menggunakan wang kerajaan persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.
 
Ketua Biro Guaman MCA, Datuk Tay Puay Chuan dalam sidang media di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur, Jumaat, telah memberi masa tujuh hari kepada Lip Eng untuk memohon maaf kepada MCA berhubung tuduhan itu.
 
Puay Chuan berkata hasil daripada siasatan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Lip Eng pada Rabu lalu, barisan pasukan guaman MCA membuat kesimpulan bahawa ianya adalah satu fitnah.
 
“Kita mahu Lip Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada MCA. Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.
 
“MCA menetapkan semua tuntutan dan gantirugi yang dibuat kepada Mahkamah akan diberi kepada sekolah Cina di negara ini,” katanya.
 
Menurut Puay Chuan, MCA mengambil keputusan membuat tindakan undang-undang setelah mengambil kira persetujuan daripada kepimpinan tertinggi parti.
 
“Kita sudah mendapat restu daripada MCA dan teruskan kepada tuntutan mahkamah kalau Lip Eng tidak tarik balik kenyataannya.
 
“Kita akan buat sidang media dan suratkhabar sebelum mengambil mengambil langkah prosedur undang-undang dan notis tuntutan.
 
“Kalau dia tetap tidak respon kita teruskan dengan tindakan sivil dan menuntut kerugian,” katanya.
 
Dalam sidang Media di parlimen Rabu lalu, Lip Eng menggesa MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum, berikutan kegagalannya memberikan peruntukan kepada SJKC dan SMK Cina.
 
Lip Eng berkata tindakan itu perlu bagi membuktikan sama ada MCA adalah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib kaum Cina di dalam negara atau sebaliknya dengan menggunakan wang kerajaan persekutuan semata-mata.-17/3/2017- OLEH NOOOR HASILAH ISMAIL
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 601  tetamu dalam talian