23November2017

MB Kedah tempelak pembangkang dakwa SPRM tidak telus

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini membidas pembangkang yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak berasaskan fahaman politik.

“Siapa kata mereka (pembangkang) sahaja yang disiasat dan dikenakan tindakan kerana siasatan juga turut dilakukan terhadap bekas Pengerusi Felda Isa Samad.

“Jadi tidak timbul dakwaan bahawa SPRM hanya mengenakan tindakan terhadap pihak pembangkang,” katanya.

Pembangkang sebelum ini dilaporkan antara lain mendakwa SPRM bertindak atas dasar ‘witch-hunt’ apabila hanya mengambil tindakan menyiasat dan menahan pihak yang bertentangan dengan kerajaan.

Ini susulan penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang terutama daripada Parti Warisan Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana untuk program rakyat luar bandar di Sabah yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.-21/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 621  tetamu dalam talian