16Oktober2018

Lynas sudah.. mahasiswa, orang Felda, Mara, pejawat awam bila lagi...?

Kumpulan yang terjejas dengan polisi-polisi kerajaan baru perlu berdemostrasi untuk membantah jika tidak kerajaan akan mengangap mereka menerima perubahan tersebut.

Sebagai contoh, mahasiswa yang ditipu dengan PTPTN, orang-orang Felda, pekerja-pekerja Mara selain penjawat awam yang kenaikan gaji mereka sepatutnya Julai lalu akan ditangguhkan 'setahun-dua'.

Mereka boleh mencontohi perhimpunan aman Penyokong Lynas Malaysia membanjiri Arena Petanque di Pantai Balok, Kuantan, Sabtu lalu untuk menunjukkan sokongan terhadap syarikat itu susulan langkah kerajaan menyemak semula kilang nadir bumi itu yang mencetuskan kebimbangan ia mungkin ditutup.

Mereka yang hadir terdiri daripada pekerja, kontraktor dan penduduk setempat menggesa Putrajaya mempertimbangkan keadaan mereka kerana pekerjaan mereka akan terjejas jika Jawatankuasa Eksekutif Semakan Semula Lynas bertindak mengikut permintaan “ahli politik tertentu” untuk menutup kilang itu.

Perhimpunan anjuran pekerja Lynas Malaysia itu menyaksikan mereka yang hadir melaungkan slogan “Hidup Lynas” dan merayu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membantu mereka.

Pengurus Kanan Pengekstrakan Pelarut Lynas Malaysia, Khairul Suhaimi, 41, berkata perhimpunan itu perlu diadakan kerana beliau percaya syarikat itu dan pekerjanya “dibuli”.

“Saya menggesa orang yang melakukan semak semula itu bertindak secara adil dan telus. Kami tiada masalah dengan semak semula ke atas operasi Lynas Malaysia kerana kami mematuhi peraturan, tetapi kami hanya mahu ia adil,” katanya ketika menghadiri perhimpunan itu kelmarin.

Khairul yang bekerja untuk Lynas sejak ia mula beroperasi berkata, kilang itu tidak bahaya atau membahayakan penduduk di Kuantan.

Mohd Fairuz Kasmoin yang merupakan akauntan syarikat itu berkata, kerajaan perlu memberi layanan adil kepada Lynas seperti syarikat atau kilang lain.

“Saya mengundi Pakatan Harapan, tetapi ia kini kembali mengenakan saya. Saya kecewa,” kata lelaki berusia 32 tahun itu.

Minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang lantang mengkritik Lynas berjanji semak semula “terbuka dan telus” ke atas kilang Lynas di Gebeng.

“Jawatankuasa semak semula itu akan memastikan dasar kerajaan sekarang ke atas pembangunan lestari dipatuhi,” kata ahli Parlimen Kuantan itu yang mengetuai jawatankuasa semak semula ke atas kilang itu.

Lynas Malaysia sebelum ini meminta sebarang semakan semula dijalankan secara adil dan telus.-9/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 418  tetamu dalam talian