17Januari2018

Lebih ramai ADUN PAS akan lompat parti - PAN

Lebih ramai wakil rakyat PAS akan bertindak meninggalkan parti itu, kata Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS mendakwa wakil rakyat PAS terbabit akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang kini menyertai parti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Amiruddin Hamzah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ramai lagi YB (wakil rakyat) PAS akan keluar PAS,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Amiruddin kelmarin mengumumkan beliau menyertai PPBM kerana PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan dibarisi oleh parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan PPBM.

Suhaizan dalam pada itu mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengkritik partinya sendiri baru-baru ini.

Kata beliau, Mustafa menyifatkan PAS ketika ini berbeza berbanding PAS sebelum ini kerana tidak mempunyai strategi politik yang bulat (jelas)

“Saya rasa sebab itulah pemimpin dan ahli PAS keluar parti,” katanya.-28/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 704  tetamu dalam talian