11Disember2018

Lebih banyak projek infrastruktur rakyat akan dibina - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti Jalan Pintas Rawang yang dibuka kepada pengguna hari ini, akan dilaksanakan kerajaan.

“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di Twitter beliau.

Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada pengguna jalan raya bermula 6 pagi ini.

Jajaran baharu sepanjang 9 km bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.-29/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 413  tetamu dalam talian