16Disember2017

Laporan Audit Negara 2016: Selangor paling teruk

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan hanya lapan peratus daripada  keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan sekaligus menjadikannya paling rendah berbanding negeri lain.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata peratusan tersebut adalah daripada  57 peratus projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 tetapi masih belum dimulakan dan ia merupakan jumlah  paling tinggi berbanding negeri lain.

"Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57 peratus projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan.

"Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015. Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017.

"Selepas hampir dua tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beberapa hari lalu, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang turut menyebut mengenai projek di negeri Selangor yang belum dimulakan sedangkan peruntukkan telah diluluskan.

Tambah Budiman yang merupakan ADUN Sungai Panjang itu berkata,  rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional (BN).

" Azmin selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau.

"Seringkali Laporan Ketua Audit Negara dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan," katanya.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1131  tetamu dalam talian