25September2017

Ladang rakyat di Perak rapatkan jurang kemiskinan

Kerajaan negeri Perak memberi jaminan usaha ke arah membangunkan lebih banyak lagi ladang rakyat bagi faedah rakyat miskin di negeri ini.

Ladang rakyat dibuka dan  dijalankan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir  berkata  beliau tidak mahu melihat rakyat hanya menjadi 'pemerhati' sahaja tetapi turut serta menyertai usaha kerajaan membangunkan ladang-ladang rakyat ini.

"Untuk itu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak turut memberikan perkhidmatan kepada rakyat dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan dengan kita mewujudkan ladang rakyat di seluruh Perak," katanya.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas merasmikan Dewan Agro Amanjaya di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP, Sungai Galah, Tanjung Tualang pada Khamis. Hadir sama Ketua Eksekutif PPPNPk, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Katanya  apa yang membanggakan sekarang ini sudah adalah sudah terdapat lebih 2,000 peserta daripada golongan miskin mendapat manfaat daripada ladang tersebut.

"Mereka ini diurus oleh PPPNPk iaitu khususnya dari segi untuk mendapatkan modal-modal.

"Tetapi mereka sebenarnya mendapat hasil-hasil itu setiap tahun, ada yang mendapat sehingga RM 7,000 hingga RM 8, 000 bergantung kepada prestasi di setiap ladang," ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi PPPNPk turut menjelaskan bahawa perbadanan itu merancang untuk melihat di kawasan lain bagi membangunkan kemudahan perumahan seperti itu.

"Yang ini pihak perbadanan akan membuat perancangan untuk menyediakan satu kemudahan khas untuk pekerja kita bergantung kepada satu zon terus tertentu yang mempunyai kemudahan atau keluasan tanah yang kita bangunkan di PPPNPk," katanya.

Mengenai cabaran yang dihadapi PPPNPk, katanya pihaknya peka dalam bidang pertanian bahawa pasang sarat surut dalam pengeluaran hasil kerana ia tertakluk kepada suasana alam dan sebagainya.

Namun pihak perbadanan mempunyai perancangannya dengan melaksanakan jangkaan itu umpamanya mungkin ada masalah El-Nino yang dikatakan punca kepada pengurangan hasil pertanian.

"Untuk unjuran bagi tahun yang berkenaan itu kita buat namun Alhamdulillah sehingga setakat ini walaupun kita pernah menghadapi banjir besar yang menyebabkan banyak ladang tenggelam namun kita masih ada sedikit keuntungan," katanya.-13/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 832  tetamu dalam talian