20Julai2017

Kolam tadahan Kampung Berembang bakal dinaik taraf untuk atasi masalah banjir KL- Tengku Adnan

Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menaik taraf kapasiti kolam tadahan Kampung Berembang, di sini bagi mengatasi masalah banjir kilat di ibu negara.
 
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penambahbaikan kolam penahanan air bagi Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan (SMART) itu akan dilakukan sebagai persediaan menampung intensiti hujan yang banyak.
 
"Usaha ini akan melibatkan kerjasama antara DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dalam memastikan air hujan yang berlebihan tidak melimpah daripada kolam dan seterusnya mengakibatkan banjir kilat.
 
"Kami juga bercadang membina satu kolam tadahan banjir Sungai Bunus berdekatan Universiti Teknologi Malaysia, di sini dan SMART 2 sebagai usaha mengawal keadaan banjir kilat sekiranya berlaku di situ," katanya.
 
Beliau mengulas mengenai banjir kilat di beberapa lokasi di ibu negara semalam selepas Majlis Pelancaran Pecah Tanah dan Permohonan Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Rampai II, Taman Seri Rampai, di Kuala Lumpur,Isnin.
 
Tengku Adnan berkata banjir kilat di kawasan Masjid Jamek, petang semalam berpunca daripada pertembungan limpahan air Sungai Bunus (Sungai Gombak) dan Sungai Klang akibat taburan hujan dua kali ganda daripada biasa.
 
Beliau berkata banjir kilat di kawasan itu adalah keadaan yang sangat jarang berlaku dan perbincangan bersama JPS dan DBKL untuk mengatasi masalah banjir ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
 
Sementara itu, Tengku Adnan berkata pangsapuri Rumawip Residensi Rampai II akan dimulakan pembinaannya pada Jun tahun ini dan dijangka siap pertengahan 2021, dengan harga RM300,000 seunit.
 
Beliau berkata sebanyak 308 unit kediaman mampu milik berkeluasan 74.3224 meter persegi (800 kaki persegi) dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air itu dilengkapi kemudahan bertaraf kondominium antaranya tempat letak kenderaan, gimnasium dan tadika.
 
"Kawasan Taman Sri Rampai terletak di kawasan komersial yang amat strategik dan berdasarkan nilai semasa hartanah di kawasan berdekatan, dijangkakan nilai sebenar Rumawip ini boleh mencecah harga melebihi RM400,000 seunit," katanya.
 
Tengku Adnan berkata permohonan membeli projek kediaman itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.
 
Sehingga Feb lalu, keseluruhan projek Rumawip mencapai 67 peratus (53,246 unit) daripada sasaran pembinaan 80,000 unit rumah menjelang 2018.- 20/3/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1268  tetamu dalam talian