24Ogos2017

Kimanis minta tambahan kuota penduduk tunai haji... - Anifah

Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berharap cadangan untuk menambah kuota penduduk di kawasan yang diketuainya bagi menunaikan haji dapat dipertimbangkan oleh pihak Tabung Haji (TH).

Beliau yang juga merupakan Menteri Luar berkata, permintaan bagi untuk menambah kuota menunaikan Haji rakyat Kimanis telah dipanjangkankan kepada pihak TH.

"Kita hanya mampu membuat permohonan, dan kita berharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan daripada pihak TH," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Program Ziarah Kasih Ramadan Bahagian Kimanis pada Isnin.

Sementara itu, menurut Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim, jumlah kuota haji pada tahun ini bertambah lebih 30,000 berbanding hanya 22,000 pada tahun lalu.

"Kerajaan juga mengekalkan subsidi haji RM9,570 seorang dan untuk tahun ini sahaja,  jumlah subsidi menunaikan haji ditanggung kerajaan ialah RM230 juta," katanya.

Abdul Azeez turut mengingatkan penyimpan TH untuk tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan semua simpanan hanya dengan mendengar tohmahan pembangkang yang mendakwa institusi itu muflis.

“Ketika ini ada kira-kira 2.5 juta umat Islam di Malaysia mendaftar untuk menunaikan haji. Jadi sesiapa yang mengeluarkan semua simpanan dalam TH dan selepas itu simpan balik, mereka perlu daftar semula dan menunggu 102 tahun lagi untuk ke tanah suci.

“Ini pernah berlaku di mana seorang penyimpan berusia 62 tahun yang sudah sampai giliran untuk naik haji tiba-tiba mengeluarkan semua simpanan selepas terpengaruh dengan dakyah kononnya TH muflis.

“Bila sedar dakyah itu tak betul dia simpan semula duit dalam TH tetapi giliran asal untuk menunaikan haji tak dapat balik, kena tunggu hingga umur 164 tahun,” katanya.

Pada Program Ziarah Kasih Ramadan Bahagian Kimanis itu, sumbangan daripada UMNO dan Yayasan Tabung Haji telah disampaikan kepada 1,003 orang golongan berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan termasuk 750 orang asnaf.

Parlimen Kimanis ialah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort dan ke-51 di seluruh negara program Ziarah Kasih bertujuan meringankan beban umat Islam membuat persediaan Aidilfitri.

Jelajah program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang sebelum ke Sandakan dan Semporna, esok.

UMNO menyediakan RM13.2 juta untuk program itu, manakala Yayasan Tabung Haji menyumbang RM7 juta khusus untuk bantuan kepada golongan asnaf di seluruh negara.

Turut hadir Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin.-19/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 906  tetamu dalam talian