17November2018

Khazanah keliru peranannya di era kerajaan baru...

Pelik tapi tak mengejutkan... di zaman kerajaan baru ini macam-macam hal boleh jadi.

Yang terbaru sayap utama pelaburan kerajaan sendiri keliru dengan mandat mereka.

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah Nasional) meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan dan pihak berkaitan berhubung mandat dan pelaburannya.

"Ia berkaitan menjelaskan, mengesahkan semula dan melaksanakan mandat kami sebagai dana pelaburan strategik kepada kerajaan Malaysia.

"Untuk itu, kami akan menyediakan maklumat terkini dalam masa terdekat," kata dana kekayaan negara itu dalam kenyataan hari ini berhubung pelbagai laporan berita dan pertanyaan mengenai Khazanah Nasional.

Sebelum ini Bernama melaporkan Perdana Manteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Khazanah Nasional wajar kembali ke matlamat terasnya membantu Bumiputera.

Beliau berkata, dana itu pada asalnya ditubuhkan untuk membeli saham yang diperuntukkan untuk Bumiputera, yang lazimnya membeli saham dan menjualnya serta-merta kepada orang lain.

"Jadi, untuk menghentikan mereka daripada berbuat demikian, kami wujudkan Khazanah. Namun sekarang Khazanah dilihat mengambil kesemua saham, sama ada ia diperuntukan untuk Bumiputera atau tidak.

"Oleh itu, mungkin mereka boleh kembali kepada tujuan asal," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung.

Diperbadankan pada 3 Sept 1993, Khazanah Nasional diberi mandat mengurus aset komersial milik kerajaan pusat, selain merancang pelaburan strategik yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Pada 2004, Khazanah melaksanakan pendekatan pelaburan lebih meluas dan lebih aktif, termasuk meningkatkan prestasi pegangan teras sedia ada dan pada masa sama mengenal pasti peluang dalam sektor ekonomi dan geografi baharu.-7/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 981  tetamu dalam talian