23September2018

Kerajaan Perak tidak tolak ansur kebocoran rahsia

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan terdapat elemen-elemen yang menganggu kelicinan hubungan baik kerajaan pusat dengan negeri berhubung soal-soal perlaksanaan sesuatu dasar.

Beliau berharap halangan ataupun sebarang masalah harus diselesaikan seberapa segera bagi memboleh pentadbirannya menjalankan dasar-dasar dengan lebih berkesan dan sistematik.

Ketika menghuraikan permasalahan dihadapi  secara umum itu Menteri Besar enggan menamakan jabatan atau pegawai yang dimaksudan sekadar menyebut “wujud” pihak yang memberi masalah.

Justeru beliau mahukan  kerjasama mantap di antara jabatan-jabatan Persekutuan dengan jabatan negeri terus dibina dalam menghadapi cabaran tahun 2018.

Katanya, beliau tidak mahu melihat jabatan-jabatan Persekutuan dengan jabatan negeri tidak boleh bekerjasama sehingga menyebabkan perkara-perkara yang melibatkan sesuatu dasar untuk kepentingan dan tuntutan rakyat gagal ditangani.

 ``Saya tidak mahu melihat jabatan-jabatan Persekutuan dengan jabatan negeri tidak boleh bekerjasama …kita berada dalam sebuah negeri..kita memberi khidmat kepada rakyat.

 ``Walaupun secara tabiinya kedudukan Kementerian ataupun jabatan itu adalah daripada Persekutuan tapi itulah antara persefahaman dan perjanjian  Federal dengan negeri.

``Tuan-tuan dan puan-puan kena  bekerjasama dengan kita  sebab ini sangat penting… saya perlu ingatkan dari semasa kesemasa sebab ada perkara-perkara yang sebagai contoh bila kita buat dasar ini ada jabatan yang memberi ulasan yang lain.

``Saya tidak mahu sebut jabatan mana cuma kita nak betulkan diri kita …bila saya cakap saya sebagai ketua  kepada tuan-tuan dan puan-puan baik  yang  jabatan Persekutuan mahupun jabatan negeri kerjasama itu kena ada,’’katanya.

Dr Zambry  menegaskan  demikian di majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baru 2018 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Selasa. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau lalu menyebut contoh dihadapan lebih 2,000 kakitangan awam yang hadir mengenai masalah besar yang dihadapi kerajaan negeri iaitu masalah lalat.

``Saya tak nak sebut nama jabatan contoh…kita sedang menghadapi masalah besar lalat..kita nak selesaikan masalah lalat …kita tahu adanya ladang ternakan ayam haram dibina sehingga orang nak makan tak lalu.

``Manjung nombor satu …di Tanjung Malim, Bidor dan dekat Trong…kesian… kita nak selesaikan masalah mereka dan kita perlukan persefahaman semua pihak …jadi tolong sama-sama  kita wujudkan persefahaman bersama supaya tidak ada masalah dalam negeri,’’ katanya.

Menurut Dr Zambry bina kerjasama yang berterusan ini merupakan salah satu daripada 10 panduan utama dan penting bagi seluruh kakitangan awam dalam menghadapi cabaran tahun 2018 ini.

Kedua, katanya kerahsiaan kerana dalam mana-mana organisasi sekalipun apatah lagi apabila bercakap tentang pasukan keselamatan.

``Apakah syuarat bagi setiap anggota ..dia tidak boleh jadi spy menjual maklumat di luar negara dan sebagainya ia akan meruntuhkan negara,’’ katanya.

Menurut Dr Zambry begitu juga dalam setiap organisasi penjawat awam telah memegang sumpah rahsia dan sebagainya.

``Kita tidak boleh mengambil sumber-sumber itu  oleh kerana mungkin kita rasa tak berkenan dengan bos dan sebagainya nak ajar  bos  sikit ataupun kita bagi kepada satu pihak yang lain dimana pihak lain kita tahu dari segi fail-fail yang berkenaan yang dibagi mungkin sebahagian daripada itu betul sebahgiannya mungkin tak betul.

``Umpamanya apabila tuan-tuan memberi kepada pihak pihak tertentu sesuatu yang berkaitan sesuatu projek sedangkan dari segi agreement agreement lain tuan tuan tak tengok maka ia akan memberi satu pernilaian yang salah dan ini boleh menjahanamkan sesuatu organisasi termasuk sebuah kerajaan.

``Kita bekerja dalam sebuah organisasi dalam kontek kerajaan negeri Perak kita tidak boleh langsung bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menjual kerahsiaan kerajaan dan juga yang bertindak dengan cuba untuk menjahanamkan kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap  semua penjawat awam di negeri ini supaya mengambil perhatian serius dalam soal kerahsiaan dan kerajaan amat tegas dan perlu diperingatkan berkali-kali tentang pripentingnya dijaga kerahsiaan,

Katanya, ketiga berkaitan kesinambungan dimana dalam Perak Amanjaya kerajaan telah membuat pelan bukan hanya untuk tempoh tertentu sahaja  ada pelan-pelan yang telah dibuat dan perlu diteruskan.

Beliau memberikan contoh dalam arahannya nak jadikan  tandas-tandas awam tandas yang bersih, masjid dan tempat pelancongan tempat yang bersih maka program itu perlu diteruskan.

Menurtut Zambry begitu juga dengan dasar dasar kerajaan dari segi sumber –sumber pelaburan dan kewangan yang baik perlu diusahakan bersama-sama.

Seterusnya kata beliau komitmen tepati janji  dalam kontek kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada diperingkat kepimpinan Perdana Menteri dan begitu juga diperingkat kerajaan negeri, kerajaan telah membuat janji-janji kepada rakyat.

``Kita telah buat janji-janji kepada rakyat jangan lupa kita penuhi janji itu..saya mohon kepada semua diperingkat jabatan-jabatan kalau tuan-tuan dengar ada benda-benda yang belum kita laksanakan sila berkongsi bersama.

“Maklumkan kepada kami, kepada ketua-ketua jabatan supaya kita dapat melaksanakan yang mana perlu disegerakan kita segerakan yang mana mungkin ambil masa yang panjang kita akan ambil tindakan,’’ katanya.

Menurut Dr Zambry yang paling penting ialah komitmen kakitangan awam umpamanya dalam kontek kerajaan BN Perak kerajaan menjanjikan  32 perkara.

``Alhamdullilah  kita telah laksanakan 32 perkara itu dan sebahagiannya dalam proses kerana dia ada tahap pencapaian dan yang terakhir ialah menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam bajet yang lalu.

``As far as Manifesto kita …telahpun kita laksanakan…tapi ada perkara-perkara yang  kecil kecil ini…masalah parit tersumbat,  jalan.

``Yang paling penting kita turun kebawah ..bila program pemukiman tuan-tuan dan puan-puan kita dapat saksikan ragam rakyat yang pelbagai.

``Jadi pengalaman-pengalaman  yang kita kena laksanakan penuhi hasrat rakyat dan  seterusnya kebersihan kerana kebersihan merupakan satu perkara yang utama.

``Ada orang yang beranggapan kebersihan kecil je sebab apa kerana dia tak turun…kebersihan ini dianggap sebagai teras satu-satu teras  utama dalam tamadun manusia.

``Yang terbaru dinegara cina mereka telah melancarkan revolusi tandas..kebersihan tandas itu mengambarkan masyarakat kita itu mengambarkan  tentang tamadun kita,’’ katanya,

Dr Zambry turut menyentuh tentang perkara penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan kerajaan.

Beliau menegaskan urusan kerajaan hendaklah sentiasa dilakukan dalam Bahasa Melayu.

``Kalau sekiranya tuan-tuan nak buat terjemahan bagi tujuan pelancongan pastikan supaya ianya disemak dalam Bahasa Inggeris..mentang-mentanglah kita sudah ada Google translate..kita dah conform google translate ini mesti translate the best..jangan ulang lagi.

``Mungkin perkara ini berlaku kepada MBI  dan kedepan ni kita tak tahu kerana kita tak ambil peringatan ..umpamnaya ada satu jabatan pendidikan dia nak ucapkan selamat kembali ke sekolah kepada sekolah…niat yang baik dalam Bahasa Inggeris tetapi bahasa Inggerisnya tak kena.’’ Katanya.

Dr Zambry juga menyentuh mengenai penjagaan alam sekitar dimana usaha-usaha penanaman pokok perlu diteruskan bagi menghijau negeri Perak.

`Jadikan negeri Perak kita sebagai negeri yang sentiasa hijau dan kita harus berbangga kerana negeri Perak sekarang ini antara  yang tertinggi sekali dalam mengekalkan hutan simpan kekal,’’katanya.-10/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 388  tetamu dalam talian