20Jun2018

Kajian: 70.1 peratus setuju hanya BN masa depan Lembah Pantai

Kajian mendapati sebanyak 70.1 peratus responden bersetuju hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh membina masa depan kawasan Parlimen Lembah Pantai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi kajian sebuah universiti tempatan terhadap pengundi pelbagai kaum itu, sebanyak 74.5 peratus responden mengakui hanya BN sudah membantu dan memberi perkhidmatan kepada mereka.

"Sebanyak 58.9 peratus responden pula mahu berubah angin dengan memberikan sokongan kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Lembah Pantai dan 75.3 peratus responden berkata janji-janji yang dibuat 'orang' yang mewakili Lembah Pantai tidak ditunaikan," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata jika kepercayaan dan sokongan terus diberikan kepada calon BN di kawasan itu, lebih banyak kemudahan dan keselesaan yang akan dinikmati penduduk.

"Dengan memberikan sokongan kepada calon BN, mudah-mudahan lebih banyak lagi kemudahan yang akan diberikan. Ini bukan kali terakhir saya datang, saya akan datang lagi untuk memantau kebajikan anak-anak buah saya di Lembah Pantai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Penduduk Lembah Pantai di Perumahan Polis Desa Aman 1, di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.- 8/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 463  tetamu dalam talian