15Disember2017

Jangan ungkit soal kaum...

Segala macam pertubuhan kaum serta persatuan telah berjaya disatukan oleh datuk nenek moyang terdahulu sehingga terbentuknya ‘United Malays National Organisation’ (UMNO) yang dapat membina ukhuwah di negara ini.

Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengharapkan isu-isu kaum, darah daging, keturunan dan hal sensitif tidak sepatutnya diungkit untuk agenda politik sempit.

Menurut beliau, semua pihak perlu profesional, bukan emosi dan bercakap berdasarkan pada fakta.

“Kita mesti memisahkan soal kaum ini, kita perlu tahu di negara ini mempunyai pelbagai kaum, budaya dan warna kulit, kita cuba menyatukan sehingga menjadi satu rumpun yang kuat, kita jangan merendahkan satu puak sehingga nanti akan ada timbal balas hingga timbul pecah belah,” tambah beliau.

Beliau seterusnya menggesa pihak-pihak tertentu lebih berhati-hati agar tidak bertindak sehingga melemahkan perpaduan antara yang sediada.

Muhammad diminta mengulas titah Sultan Selangor yang terguris dengan isu Bugis yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau ditemui selepas menghadiri taklimat Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Selasa.-6/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 667  tetamu dalam talian