17November2018

Jangan naikkan tarif elektrik sehingga 2020

Kerajaan Pakatan Harapan diminta tidak menaikkan kadar tarif elektrik semasa di Semenanjung Malaysia sehingga 31 Dis 2020.

"Kami juga bimbang jika terdapat kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan sebarang pelarasan tarif gas asli untuk sektor tenaga," kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dalam satu kenyataan media.

Tarif purata gas asli bagi pengguna sektor bukan tenaga termasuk sektor pembuatan, akan dinaikkan kepada RM32.69 setiap MMBtu (satu juta unit Termal British) mulai 1 Julai 2018 kepada RM32.69 setiap MMBtu (satu juta unit Termal British) berbanding RM32.52 setiap MMBtu pada masa ini.

"Walaupun FMM teguh dengan komitmennya terhadap rasionalisasi subsidi tenaga dan kenaikan 0.5 peratus itu lebih rendah daripada sebelum ini iaitu 22.97 peratus, namun masih terdapat peningkatan kos tenaga," menurut FMM.

Mengambil kira surcaj baru iaitu RM0.77 per MMBtu yang lebih rendah, hanya 48 peratus daripada tempoh surcaj sebelum ini iaitu RM1.62 per MMBtu, selain kos peningkatan serentak yang telah dikenakan terhadap perniagaan, FMM berharap kerajaan baharu dapat mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada bagi mengurangkan beban kos tenaga di sektor pembuatan dan memanfaatkan isi rumah.

Persekutuan itu juga meminta kerajaan menangguhkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) menerusi Pelepasan Kos Bahan Api dan Penjanaan (ICPT) sehingga 2020 untuk mengekalkan kadar daya saing perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana, tanpa meningkatkan kos tenaga.-18/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 945  tetamu dalam talian