23Oktober2017

Jamal lancar kempen Dapat Aiskrim Percuma di Selangor

Pengerusi Gabungan NGO Selangor Datuk Seri Jamal Md. Yunos melancarkan pula kempen Dapat Aiskrim Percuma atau singkatannya DAP di seluruh negeri itu.

Jamal berkata, kempen itu merupakan simbolik kepada bantahan terhadap tindakan kerajaan Selangor yang masih enggan membatalkan sebarang bentuk penganjuran pesta arak di negeri itu.

Beliau berkata, sebagai tanda protes, kempen itu diharapkan dapat membuka mata rakyat bahawa kempen makan aiskrim yang halal dan berkhasiat lebih baik daripada pesta arak yang mengundang gejala sosial dalam masyarakat.

“Penahanan saya dan rakan-rakan lain tidak menghalang kami daripada terus membantah pihak penganjur untuk mengadakan pesta arak di Klang.

“Mulai esok, kami akan mengadakan jelajah kempen di seluruh Selangor sempena pesta makan aiskrim, kami akan tetapkan tarikh, waktu dan tempat yang sesuai.

“Kami akan mulakan esok di hadapan Ampang Point dan setiap hari kami akan membuat jelajah kempen aiskrim iaitu DAP, Dapat Aiskrim Percuma di seluruh Selangor,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gabungan NGO Selangor Isnin.

Pada sidang media sama, Jamal turut membawa sebuah bekas aiskrim bergerak di hadapan petugas media yang terpampang wajah mirip Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tertera perkataan ‘Aiskrim Azmin, sekali rasa pasti nak lagi’.

Menurut Jamal, beliau hanya akan menamatkan jelajah kempennya itu sekiranya Kerajaan Negeri Selangor akur kepada bantahan mereka supaya membantalkan pesta arak.

“Program yang kami anjurkan ini akan kami hentikan jika Menteri Besar Selangor membatalkan kebenaran untuk penganjuran pesta arak. Ini sebenarnya sebagai satu bantahan kepada prograam pesta arak Azmin Ali itu,” tegasnya.

Katanya lagi, beliau kesal apabila Azmin melepaskan tanggungjawabnya dalam soal kelulusan permit kebenaran penganjuran temasya itu kepada pemimpin pihak berkuasa tempatan.

“Kuasa ke atas pihak berkuasa tempatan di Selangor adalah terletak di bawah kuasa menteri besar, bukannya Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang.

“Azmin Ali sebagai menteri besar melepaskan tengkuk beliau dan meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain dan ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak wajar sama sekali,” katanya lagi.-10/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 810  tetamu dalam talian