23Oktober2017

Jamal edar aiskrim percuma di Ampang Point...

Ada-ada saja gimik Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunus menarik perhatian orang ramai.

Terbaru beliau dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi membawa tong aiskrim dan mengedarkan aiskrim secara percuma kepada pengguna di hadapan pusat beli-belah Ampang Point.
 
Program yang bermula kira-kira 1.45 tengah hari turut menarik perhatian ratusan pengunjung kompleks beli-belah berkenaan.
 
Jamal berkata, pesta aiskrim berkenaan sebagai tanda protes beliau terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang membenarkan pesta arak di Selangor.
 
Katanya, aiskrim dipilih berikutan simbolik terhadap gambar atau video tular di media sosial berhubung aksi tidak senonoh yang didakwa Mohamad Azmin bersama seorang wanita di dalam tandas.
 
“Sebagai anak jati negeri Selangor, saya sama sekali tidak membenarkan aktiviti-aktiviti maksiat dan tidak bermoral seperti pesta arak berkenaan dijalankan di negeri ini.
 
“Kami akan memberikan aiskrim secara percuma setiap hari bermula hari ini di seluruh negeri Selangor, sehingga isu pesta arak di Selangor selesai,” katanya.
 
Pada 4 Oktober lalu, Mohamed Azmin memperlihatkan pendiriannya yang sebenar apabila bertegas untuk memberikan kelulusan kepada penganjuran pesta arak selagi pihak penganjur mematuhi syarat ditetapkan.
 
Jelas Mohamed Azmin, penganjuran pesta arak bukanlah satu isu di Selangor dengan alasan sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi kelulusan kepada penganjurannya, sekali gus membayangkan betapa bantahan serta sensitiviti umat Islam serta nasihat polis tidak dipedulikan.-10/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 722  tetamu dalam talian