23Mei2017

Jabatan Penerangan Malaysia tangani maklumat tidak sahih untuk hadapi PRU ke-14

Jabatan Penerangan Malaysia akan terus membasmi isu maklumat tidak sahih dan yang diputar belit di dalam media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai satu persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Timbalan Ketua Pengarahnya (Pengurusan), Datuk Almain Ajirul berkata program-program bagi membasmi isu berkenaan seperti ceramah kesedaran akan diperhebatkan dari semasa ke semasa sehingga tarikh PRU14 diumumkan.
 
"Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU dengan itu kita gerakkan jentera yang ada dengan menyebarkan kepada masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak betul kerana maklumat yang betul mudah diputar belit.
 
Ini kerana masyarakat yang menggunakan media sosial kini dilihat tidak mengkaji kesahihan maklumat yang diutarakan bila mereka memberi satu pandangan, dan menyebabkan ramai yang menyokong walaupun tidak mengetahui isi cerita yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kembara Media Negaraku, di Kuala Terengganu,Isnin malam.
 
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah melancarkan satu laman web sebenarnya.my bagi rujukan orang ramai dan pengguna media sosial.
 
Mengulas mengenai program Kembara Media Negaraku, beliau berkata ia bagi memberi pendedahan kepada pengamal media supaya dapat menghebahkan maklumat sekali gus mempromosi usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.
 
"Usaha ini juga dapat memperkukuhkan jaringan komunikasi strategik dalam aspek perkongsian dan pemasaran maklumat antara Jabatan Penerangan dan agensi media," katanya.
 
Dalam program selama tiga hari yang berlangsung di negeri ini, peserta dibawa melawat Projek Rumah Komuniti Parlimen Besut, Projek Mencegah Hakisan Pantai di Pantai Tok Jembal serta pembangunan Projek Drawbridge yang dikendalikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).- 16/5/2017
 
 
 
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 727  tetamu dalam talian