21November2017

Ini bukan projek sedapkan hati rakyat...

Projek kawasan padi seluas 3,160 hektar  di Parlimen Parit yang dimasukkan dalam kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak bakal menampakkan hasil.

Projek yang diumumkan Perdana Menteri tidak berapa lama dulu itu  merupakan  komitmen kerajaan pusat  hendak membantu kaum petani di kawasan parlimen berkenaan.

Demikian dijelaskan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa projek itu satu lagi janji kosong kerajaan.

Bahkan beliau yang juga ahli parlimen Pasir Salak itu berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga bukan dibuat untuk `sedapkan hati’ rakyat tapi merupakan satu komitmen kerajaan.

``Saya harap para petani di Parit fahamlah akan proses apa yang perlu dibuat kerajaan sebelum mereka dapat melihat projek ini masuk ke dalam kawasan mereka . . . .  bukan makna kerajaan cuma berjanji saja atau suka-suka orang kata buat sedapkan hati .

``Tapi apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri itu ia adalah satu komitmen yang telah diberi oleh kerajaan kepada penduduk di situ dan lambat laun ia akan dilaksanakan,’’ katanya.

 Tajuddin memberitahu media selepas menyempurnakan Program Ziarah Kasih Veteran Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir di Dataran Felcra Changkat Lada, Seberang Perak pada Ahad.

Sebelum ini penduduk terlibat menunggu perlaksanaan projek kawasan sawah padi seluas 3,160 hektar di Parlimen Parit menjadi sebahagian jelapang padi negara seperti dijanjikan.

Bagi tujuan itu, kerajaan akan memperuntukkan dana yang besar dan pada masa sama satu kajian terlebih dahulu dilakukan memakan masa setahun atau dua tahun.

``Bila buat kajian perlu ada tali air, kunci air dan kena cari peruntukannya. . . saya nak bagi tahu projek tali air ini bukan cukup sejuta dua juta ringgit tapi  beratus juta,’’ katanya.

Beliau berkata, di kawasan Jelapang Padi Sungai Manik sahaja kerajaan telah melabur beratus juta  untuk membangunkan tali air sawah.

``Maka sebab itu bajet besar diperlukan jadi tentu ia ambil masa kerajaan mengumpul dana untuk tujuan itu,’’ katanya.-11/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1363  tetamu dalam talian