19September2017

Ikon baharu 1Malaysia Negaraku diperkenal

Ikon baharu 1Malaysia Negaraku diperkenalkan hari ini sebagai simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.
 
Ikon baharu 1Malaysia yang menggabungkan Jalur Gemilang dan Negaraku itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya ,Jumaat.
 
Penyerahan itu disaksikan oleh Tan Sri Lim Kok Wing selaku Penyelaras Program Khas kepada Perdana Menteri. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
 
KKMM dalam satu kenyataan hari ini, berkata ikon baharu itu akan menjadi satu simbol yang menguatkan mesej dan memberikan platform yang lebih khusus bagi memupuk perpaduan negara.
 
"Sambil mempamerkan imej sebuah negara yang bersatu padu dan ikonik, ikon baharu ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan kesetiaan dan komitmen mereka terhadap perpaduan dan keharmonian melalui 1Malaysia Negaraku," kata kementerian itu.
 
Pelancaran rasmi ikon 1Malaysia Negaraku akan diadakan pada 23 Ogos ini, katanya.
 
KKMM berkata sejak pelancarannya, inisiatif 1Malaysia telah diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan ikon 1Malaysia telah menjadi simbol paling dikenali di negara ini yang merangkumi prinsip berteraskan keterangkuman, kesatuan dan kebersamaan.
 
Logo itu boleh dimuat turun di laman sesawang kementerian www.kkmm.gov.my.- 18/8/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 678  tetamu dalam talian