09Disember2018

Hina kaum Bugis: DAP dicabar pertahan Mahathir...

Jangan lepas tangan... kalau beranai DAP  dicabar mempertahankan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir Mohamad yang dikritik Sultan Johor selepas membuat kenyataan berbaur penghinaan kepada masyarakat Bugis.
 
Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng kemudiannya berkata parti pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu hipokrit kerana tidak bersuara dalam isu kenyataan Dr Mahathir itu.
 
"Pemimpin-pemimpin DAP masih berdiam diri walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir telah mengundang banyak kritikan yang sengit daripada pelbagai pihak, termasuk Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia, Dewan di-Raja Selangor dan yang terkini oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
 
"Ini menunjukan sifat hipokriti DAP yang keji, dwistandard dan tidak ikhlas terhadap antiperkauman," kata Liang dalam satu kenyataan pada Ahad.
 
Ahli Parlimen Simpang Renggan itu hairan dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP di dalam isu itu, sedangkan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok sering mengkritik apa sahaja kenyataan berbaur perkauman.
 
"Saya mencabar pemimpin DAP terutamanya pemimpin dan ahli parlimen DAP Johor, Teo Nie Ching dan Liew Ching Tong untuk mempertahankan kritikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
 
"Mereka harus bercakap serupa bikin dengan bangkit bersuara untuk menentang perkauman yang ditunjukkan oleh pemimpin mereka sendiri," katanya.
 
Dalam titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Shah semalam, baginda mengakui dirinya terkesan dengan ucapan bekas perdana menteri itu yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berketurunan Bugis untuk pulang ke tempat asal.
 
"Saya terasa juga. Saya keturunan Bugis, Sultan Selangor keturunan Bugis, Rakyat Johor banyak keturunan Bugis.
 
“Asal usul saya pun dari Riau Lingga. Banyak Bugis. Apa rasa orang Bugis," titah baginda.
 
Sultan Selangor, Sultan Shafuddin Idris Shah sebelum ini dilaporkan murka dengan kenyataan sedemikian Dewan di-Raja Selangor mahu satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan diambil ke atas Mahathir.
 
Dr Mahathir bagaiamanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada Najib dan bukannya keseluruhan masyarakat Bugis.-27/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 368  tetamu dalam talian